Akhirnya, PTMI mempunyai BLOG sendiri untuk tatapan, intipan dan renungan semua pelajar & ibu bapa. Harapan kami agar anda semua memberikan tafsiran positif demi kejayaan kita bersama. BLOG ini adalah sebagai salah satu PLATFORM dalam menyampaikan maklumat kepada anda di samping berkongsi input-input menarik berkaitan dunia pendidikan, kesihatan dan tip-tip kejayaan.
Sokongan dan dorongan dari anda semua amat kami hargai. Semoga dengan wujudnya BLOG ini, hubungan silaturrahim antara kita takkan terputus walaupun anda melangkah keluar dari PTMI.
Doa kami agar anda mencapai kejayaan yang hakiki. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubahnya sendiri".
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Pengetua PTMI
No comments:
Post a Comment