ILMU

Ilmu yang tidak diamal seperti pokok yang mati.

DISIPLIN

Membentuk kejayaan yang lebih bermakna

KEJAYAAN

Pasti didakap dengan usaha, doa dan tawakkal yang jitu. Be the One!
 

Thursday, December 29, 2011


TERLEBIH DAHULU, TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PMR TAHUN 2011. APA YANG PALING PENTING, TERUSKAN KECEMERLANGAN.

DI PTMI, KAMI SENTIASA MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT YANG TERBAIK. INILAH
5 PELAJAR PMR PTMI TERBAIK 2011.

BAGI YANG BELUM BERJAYA, TERUSKAN USAHA DAN CABAR DIRI ANDA UNTUK BUAT YANG TERBAIK PADA SPM 2013 NANTI. TIADA ISTLAH TERLEWAT UNTUK BERJAYA. SENTIASA MUHASABAH DIRI, LAKUKAN PERUBAHAN & HORMATI IBU BAPA, GURU & RAKAN-RAKAN...

* DAFTAR DI SEPANJANG BULAN DISEMBER UNTUK DISKAUN DAN HADIAH ISTIMEWA


Friday, December 23, 2011

Pencapaian PMR 2011 Terbaik Dalam Empat Tahun

Terlebih dahulu, tahniah kepada 34,271 Pelajar PMR 2011 yang mendapat Gred A dalam semua matapelajaran yang diambil.
________________________________________________________________________

Pada tahun ini, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki PMR bertambah sebanyak 0.1% berbanding tahun 2010 dan perinciannya ditunjukkan dalam Jadual 1. PMR telah dilaksanakan dalam dua bentuk, iaitu peperiksaan pusat dan pentaksiran berasaskan sekolah. Peperiksaan pusat telah dilaksanakan pada 4 hingga 11 Oktober 2011. Untuk mentadbir peperiksaan ini, sejumlah 3,521 pusat peperiksaan telah disediakan yang melibatkan 35,190 orang petugas peperiksaan. Seramai 11,603 orang pemeriksa telah dipertanggungjawabkan untuk memeriksa skrip jawapan calon.

Berikut adalah analisis yang telah dilakukan oleh KPM.

Jadual 1: Calon yang Mendaftar PMR 2011

Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Jadual 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon PMR dari 2008 hingga 2011.

Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011

Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) iaitu daripada 30,863 orang (7.02%) pada tahun 2010 kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.

Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Pencapaian calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin baik. Data dalam Jadual 3 memberi perincian pencapaian calon bandar berbanding calon luar bandar.

Jadual 3: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat diukur dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap penguasaan minimum. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mataberbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Calon berkeperluan khas juga mendapat peluang yang sama dengan calon-calon yang lain untuk menduduki peperiksaan. Pada keseluruhannya, pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Rujuk Jadual 4).

Jadual 4: Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas

Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010

Daripada Jadual 4, bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki PMR pada tahun ini berkurang seramai 35 orang. Pencapaian calon cemerlang (semua A) meningkat kepada 12 orang berbanding 5 orang pada tahun 2010, manakala calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada tahun 2010.

Prestasi Mata Pelajaran

Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR 2011 menunjukkan prestasi yang stabil. Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam. Prestasi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran A.

Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Melayu bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3% dari 27.6% pada 2010 kepada 26.3% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2% dari 66.5% pada tahun 2010 kepada 67.7% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata.

Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Inggeris bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.

Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Mathematics bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Mathematics bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3% dari 28.9% pada 2010 kepada 30.2% pada 2011. GPMP Mathematics menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.04 mata.

Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Science bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Science bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Science bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% dari 21.7% pada 2010 kepada 25.7% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum meningkat sebanyak 0.6% iaitu 5.7% pada tahun 2010 kepada 6.3% pada tahun 2011. GPMPSciencemenunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.09 mata.

Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Sejarah bagi Tahun 2010 dan 2011

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Sejarah bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Sejarah bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9% dari 21.3% pada 2010 kepada 20.4% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum menurun sebanyak 2.6% iaitu 7.3% pada tahun 2010 kepada 4.7% pada tahun 2011. Ini menunjukkan peratusan calon yang menguasai tahap minimum Sejarah telah meningkat. GPMP Sejarah menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.

Pendidikan Kesenian

Tahun ini merupakan tahun ketiga Kementerian Pelajaran menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam peperiksaan PMR. Sebanyak empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual dipelajari oleh calon di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak. Pencapaian keempat-empat bidang kesenian tersebut telah ditaksir oleh guru masing-masing dan pentaksir luar yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pencapaian calon ditaksir berdasarkan standard prestasi dengan empat band daripada Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).

Jadual 10: Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian

Jadual 10 di atas menunjukkan pencapaian dalam semua bidang kesenian yang ditaksir. Bidang Seni Visual menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan calon memperoleh Band 4, diikuti Tari, Teater dan Muzik. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon tersebut sangat baik dan bakat mereka boleh terus digilap semasa di Tingkatan Empat sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan Lima dalam enam bidang kesenian yang lebih khusus iaitu Seni Halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.

Calon-calon Sekolah Seni Malaysia yang menduduki PMR akan menerima Slip Keputusan dan juga Sijil Pendidikan Kesenian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil ini mempunyai nilai tambah kepada keputusan PMR dan boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan bidang seni.

(Dipetik dari Pengumuman Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 22 Disember 2011).

sumber : BLOG RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Wednesday, December 21, 2011

Semak Keputusan PMR Guna SMS 15888


Esok (Khamis) keputusan PMR akan keluar. Semoga yang hebat terus dinobatkan dan semoga sejarah bakal tercipta lagi dengan lahirkan insan-insan 'from zero to hero'...

Ikuti langkah ini utk menyemak keputusan PMR mySMS 15888...


Tuesday, December 06, 2011

Salam sejahtera mulai 17/12/2011 Pusat Tuisyen Mawar Intelek (PTMI) akan memulakan pendaftaran untuk sesi pembelajaran 2012.

Diskaun hebat bagi pendaftaran terawal. Terima kasih kerana memilih PTMI.

Sunday, December 04, 2011

5A UPSR... Contohilah Mereka...


Mereka ialah manusia yang sama dengan anda, mempunyai keinginan untuk berjaya seperti anda. Namun, mereka juga pernah merasa gagal sebelum mencapai kejayaan 5A dalam UPSR. Ini semua tidak akan tercapai sekiranya mereka berputus asa, malas, hilang keyakinan diri, tidak menghargai pelajaran dan mencari jalan untuk menimba ilmu seperti belajar di PUSAT TUISYEN.

Antara nilai yang perlu diamalkan untuk berjaya adalah disiplin. Anda berhak menentukan kemana arah tuju anda tetapi jangan abaikan disiplin yang baik. kerana manusia yang berjaya ialah manusia yang positif. Andalah generasi pewaris bangsa. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa dan keluarga. Jangan kecewakan mereka. Walaupun mereka tidak mengungkit sumbangan dan pengorbanan, namun hakikatkan mereka memberikan demi masa depan anda yang gemilang. Ucapkan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan yang mendorong anda ke arah kejayaan pelajaran.

Segalanya telah terbukti.... Mereka berjaya melakukannya... Contohilah mereka...

Saturday, December 03, 2011

Jamuan makan sempena SPM "Good Luck"

Petang semalam pza berBBQ dgn pelajar2 Form 5 PTMI, plan dah lama tp nak kena cari tarikh yg sesuai baru lah rancangan nie boleh berjalan lancar, sbb melibatkan ramai pihak jadi kena lah betul2 ok baru boleh buat maklumlah en suami nie kerja kadang2 kena outstation tu yg susah sikit kalau nak plan buat apa2.... nie pun bernasib baik dia tak jadi g Johor kalau tak memang tak jadi jugak lah BBQ nih...

Ape2 pun jom kita layan gambar2 semalam


Udang yg bnyk si Adlan yg bawak, student yg palaing awal sampai kat tempat BBQ nie..


Ayam yg telah diperap oleh Cikgu Zalifah, memang sedap....

Udang & Ayam sedang dibakar....



Lasagna & Macaroni goreng (terpenyek sbb botol air mineral terbalik atas dia, nasib baik tutup dgn aluminium foil)


Puding jagung dati Aidi..


Sosej yg bnyk sampai tak abis bakar dari Aidi jugak...


Kek, keropok, kacang air botol dari Afif Syazwan


Dalam periuk tu kuah Spegeti dari Harifah



Dalam plastik tu jagung manis dati Adlan jgk...



Ada lg student lain tapi tak dapat nak join sekali...





Yg bertudung tu Cikgu Zalifah, cikgu yg paling sporting..






Qais mcm biasa tak lepas dgn helmet...


Org kuat majlis BBQ


Tu sj gambar yg sempat ambik, sbb masa tengah syok bakar tu angin n hujan turun dgn lebatnya nasib baik ada bumbung tu pun basah jgk sbb tempias.

Pesanan utk student F5 PTMI, BBQ sudah harap boleh jawab soalan dgn jayanya masa paper SPM nanti, jgn hampakan harapan mak ayah....

Cabar

Jaguh tulen sentiasa mencabar dirinya sendiri untuk menang.

Kawan

Teman yang baik akan menjayakan temannya.

Peluang

Peluang yang baik hanya sekali, jangan sia-siakan.