ILMU

Ilmu yang tidak diamal seperti pokok yang mati.

DISIPLIN

Membentuk kejayaan yang lebih bermakna

KEJAYAAN

Pasti didakap dengan usaha, doa dan tawakkal yang jitu. Be the One!
 

Wednesday, December 26, 2012

Tahniah kepada pelajar UPSR 2012

Terlebih dahulu, tiada kejayaan tanpa kepayahan. Begitulah hakikat dalam setiap perjuangan di dunia ini. Kami mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada pelajar UPSR PTMI yang telah memperolehi keputusan cemerlang 5A.

Mereka ialah:
1) Haresh Singh a/l Kieron Singh
2) Iman Batrisya bt. Mat Homsa
3) Aina Zafirah bt. Mohd Amin.

Mengikut rekod dah prestasi semasa, berikut merupakan analisa penuh mengenai keputusan pelajar UPSR di PTMI 2012.

Jumlah Pelajar: 11 orang
5A: 3 orang
4A: 1 orang
3A: 6 orang
2A: 1 orang

Peratus peningkatan gred: 75% 
Peningkatan ketara: Subjek Matematik

Pencapaian 2012 berbanding 2011: 11%

Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan keputusan ini memandangkan terdapat beberapa orang pelajar yang agak lemah di permulaan tuisyen. Walaubagaimanapun, berkat kesungguhan mereka dan komitmen serta kebolehan guru-guru juga telah mengubah segalanya.

Di PTMI, kami sentiasa menitikberatkan hubungan guru dan pelajar kerana bagi kami mereka mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan serasi. Guru perlu mengenal pasti pelajar mereka dari segi kebolehan dan kemampuan belajar sebelum menilai tahap prestasi mereka. Pelajar juga perlu ada rasa hormat dan faham akan pembelajaran yang diajar.

Dengan dua kombinasi ini, kami yakin segala kemungkinan akan dapat diatasi. Kami sentiasa melihat jauh ke hadapan dalam meningkatkan kualiti dengan variasi guru yang berpengalaman dan berkamihiran dalam pengajaran dan ilmu akademik. Kami juga sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan termasuk memberi respon dan maklumbalas kepada ibu bapa sebagai langkah pemantauan dan menjada hubungan baik sesama kita.

Justeru itu, pelbagai elemen penting akan diperkenalkan bagi memudahkan pengajaran tanpa melemahkan struktur pendidikan sedia ada. Semoga kami akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berdaya saing dan tinggi ilmunya.

Sekian, sekali lagi tahniah kepada semua.

Pengetua.

Wednesday, May 02, 2012

cash REWARD untuk sesiapa yang MENAMBAH NILAI orang lain...





DI PTMI, kami sentiasa menitikberatkan kualiti dan nilai yang disampaikan. Juga, kepada pelajar2 kami, anda sememangnya hebat dan baik2 belaka. Tanpa kesungguhan dan kemahuan anda, tidak mungkin perkhidmatan kami membuatkan hasil.

Manusia yang terbaik ialah manusia yang menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Disebabkan itu, kami cuba menawarkan insentif RM20 kepada pelajar yang membawa rakan2 mendaftar dan tuisyen di PTMI. Jika dibandingkan dengan nilai yang anda beri, tidaklah setimpal dengan imbuhan yang diberikan. Tapi ingatkan, kebaikan akan dibalas dengan

kebaikan.

TAHNIAH kepada mereka.
NABILA yang membawa AIN & FATIN
RM40

TAHNIAH KEPADA ZAIM & NAZHAN... WOW! DAPAT DUIT SEKOLAH RM20
KERANA TELAH MEMBAWA FAKHRUL BELAJAR DI PTMI...


SAPA NAK RM20?... JOM TAMBAH NILAI KWN2 KITA...

PTMI ALWAYS 'GIVING'...

Sunday, February 26, 2012

Ciri-ciri pemimpin yang hebat

Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan semulajadi di dalam diri.Pemimpin yang baik muncul secara tiba-tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk mendai pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Berikut adalah beberapa tips tentang ciri-ciri pemimpin yang baik:

1. Ada visi yang jelas
Visi amat penting. Anda perluy tahu kemana arah anda. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkarayang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda.

2. Berilmu
Pelajar yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Pelajar rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih ber=pengetahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkandia mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apayang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan. Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.

4. Ada karisma
Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat berkomunikasi secara berkean.
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. kata-katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkannya. Dia dapat mepengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutkan.

6. Ada intiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernahputus asa.Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun.

7. Ada keberanian
Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.

Semoga dappat dikongsikan.

Monday, February 06, 2012

Apakah sebabnya kita sering lupa apa yang diajar/dibaca ?

Manusia dilahirkan dengan 'anugerah' yang tiada bandingnya iaitu 'otak'... walau bagaimanapun, setiap yang dijadikan adalah digunakan untuk kita berfikir dan menggunakannya semaksima mungkin untuk kebaikan dan kejayaan kita.

Di sini, saya ingin kongsikan antara punca anda lupa apa yang dibaca/diajar.

1. Kerana Gangguan - Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran/ulangkaji menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan, betul-betul?
- Ini disebabkan sistem memori anda tidak dapat 'capture' atau 'save' maklumat sepenuhnya. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk menganalis maklumat yang dibaca. Apa yang anda perlu buat adalah sentiasa baca dengan kadar yang perlahan dan menulisnya semula berulang kali. pastikan anda minum air secukupnya untuk 'kelinciran' pembacaan.

2. Tumpuan / Perhatian / Fokus - Tanpa perhatian/fokus sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak kekal lama.
- Dalam apa hal sekali pun, fokus amat penting. Anda perlu meletakkan minda anda paha tahap terbaik untuk menerima apa yang dibaca. Pastikan tiada gangguan seperti bunyi bising, barang bersepah (gangguan mata) dan suasana mestilah tenang (ikut definasi anda).

3. Faktor Masa - Masa yang berlalu terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dibaca/dipelajari.
- Mengapa ini berlaku? kerana anda tidak ulang, ulang dan ulang. Oleh itu, menulis atau melukis apa yang dibaca akan meningkatkan kualiti ingatan/kefahaman anda. Paling penting anda perlu ingat 'practice make perfect' dan jadikan ilmu itu sebagai 'habit' yang tidak akan mati sampai bila-bila.

Nescaya, apa yang anda lakukan pasti berjaya. Sentiasa perbaiki kualiti ingatan kita dengan merehatkan otak dengan betul (tidur, minum air, bersenam) dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk 'menerima' ilmu tersebut.

Jangan lupa, tanamkan minat anda dan carilah orang yang pakar untuk bertanya.

Terima kasih atas bacaan anda. Semoga anda berjaya.

Friday, January 27, 2012

Apakah Matematik & Kenapa Perlu Belajar Matematik?


Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.

Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

Teks ini adalah hasil nukilan Saudara Saifulazrulchelah (CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK)
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK.html

Thursday, January 19, 2012

RAHSIA OTAK YANG MENAKJUBKAN


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, January 12, 2012

20 Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali


  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.

  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.

  6. Jangan mengumpat pelajar lain.

  7. Jangan berbisik di hadapan guru.

  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.

  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.

  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.

  13. Jangan duduk tempat guru.

  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.

  17. Muliakan anak-anak guru.

  18. Selalu berhubung dengan guru.

  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.



Cabar

Jaguh tulen sentiasa mencabar dirinya sendiri untuk menang.

Kawan

Teman yang baik akan menjayakan temannya.

Peluang

Peluang yang baik hanya sekali, jangan sia-siakan.