ILMU

Ilmu yang tidak diamal seperti pokok yang mati.

DISIPLIN

Membentuk kejayaan yang lebih bermakna

KEJAYAAN

Pasti didakap dengan usaha, doa dan tawakkal yang jitu. Be the One!
 

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR @ PTMI

Sesungguhnya, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... Bergitulah juga usaha dan kegigihan pelajar kami dalam menjamin keputusan yang cemerlang. Yang terbaik adalah diri sendiri. PTMI hanya sebagai sebuah kenderaan yang memacu mereka ke arah kejayaan yang diimpikan. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang berjaya mendapatkan hadiah *RM150 daripada PTMI:

1) MUHAMMAD SYAFIQ (Dah datang ambil)


Yang belum datang ambil.
2) NUR AZIZAH
3) AMY AISYATUL
4) AINUL MASYITAH
5) NUR ASYIQEEN

Keseluruhannya, tiada yang menadapat D dalam subjek yang diambil dengan PTMI. Alhamdulillah....
Terima kasih juga kepada semua keluarga/pelajar yang telah menjadikan kami sebagai pemacu kejayaan.

* Semua A(min 6 subjek) yang diambil dengan kami

Thursday, November 18, 2010

PENDAFTARAN 2011 DIBUKA


SELAMAT DATANG

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PENDAFTARAN KELAS TUISYEN 2011 TELAHPUN DIBUKA. NIKMATI PELBAGAI BONUS MENARIK SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2010.

UNTUK MAKLUMAT JADUAL SILA KE LAMAN JADUAL KELAS ATAU TERUS HUBUNGI PENTADBIR PTMI.

TAHNIAH UPSR 5A

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA















TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG PTMI. ALANGKAH GEMBIRANYA IBUBAPA, GURU-GURU APABILA DOA DAN KERINGAT DAN HARAPAN TELAH MEMBUAHKAN HASIL. (GANJARAN RM150) TELAH DIBERIKAN KEPADA YANG BERJAYA...

TAHNIAH KEPADA:
1) NOMIE MARINI 5A
2) AHMAD SYAKIR MUSTAQIM 5A
3) LUQMAN HAKIM 4A

SATU LAGI YANG BUATKAN KAMI TERUJA, TESTIMONI TONIK OTAK "D-genius", MATEMATIK DARIPADA "C LEVEL" KEPADA "A" (UPSR). TAHNIAH KEPADA:
1) WAN HUMAIRA - MATH "A"

KEGEMILANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI.

Wednesday, June 09, 2010

Selamat Datang ke Blog PTMI

Salam sejahtera dan salam kasih sayang,

Akhirnya, PTMI mempunyai BLOG sendiri untuk tatapan, intipan dan renungan semua pelajar & ibu bapa. Harapan kami agar anda semua memberikan tafsiran positif demi kejayaan kita bersama. BLOG ini adalah sebagai salah satu PLATFORM dalam menyampaikan maklumat kepada anda di samping berkongsi input-input menarik berkaitan dunia pendidikan, kesihatan dan tip-tip kejayaan.

Sokongan dan dorongan dari anda semua amat kami hargai. Semoga dengan wujudnya BLOG ini, hubungan silaturrahim antara kita takkan terputus walaupun anda melangkah keluar dari PTMI.

Doa kami agar anda mencapai kejayaan yang hakiki. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubahnya sendiri".

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Pengetua PTMI

Cabar

Jaguh tulen sentiasa mencabar dirinya sendiri untuk menang.

Kawan

Teman yang baik akan menjayakan temannya.

Peluang

Peluang yang baik hanya sekali, jangan sia-siakan.