Wednesday, December 26, 2012
Tahniah kepada pelajar UPSR 2012
Mereka ialah:
1) Haresh Singh a/l Kieron Singh
2) Iman Batrisya bt. Mat Homsa
3) Aina Zafirah bt. Mohd Amin.
Mengikut rekod dah prestasi semasa, berikut merupakan analisa penuh mengenai keputusan pelajar UPSR di PTMI 2012.
Jumlah Pelajar: 11 orang
5A: 3 orang
4A: 1 orang
3A: 6 orang
2A: 1 orang
Peratus peningkatan gred: 75%
Peningkatan ketara: Subjek Matematik
Pencapaian 2012 berbanding 2011: 11%
Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan keputusan ini memandangkan terdapat beberapa orang pelajar yang agak lemah di permulaan tuisyen. Walaubagaimanapun, berkat kesungguhan mereka dan komitmen serta kebolehan guru-guru juga telah mengubah segalanya.
Di PTMI, kami sentiasa menitikberatkan hubungan guru dan pelajar kerana bagi kami mereka mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan serasi. Guru perlu mengenal pasti pelajar mereka dari segi kebolehan dan kemampuan belajar sebelum menilai tahap prestasi mereka. Pelajar juga perlu ada rasa hormat dan faham akan pembelajaran yang diajar.
Dengan dua kombinasi ini, kami yakin segala kemungkinan akan dapat diatasi. Kami sentiasa melihat jauh ke hadapan dalam meningkatkan kualiti dengan variasi guru yang berpengalaman dan berkamihiran dalam pengajaran dan ilmu akademik. Kami juga sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan termasuk memberi respon dan maklumbalas kepada ibu bapa sebagai langkah pemantauan dan menjada hubungan baik sesama kita.
Justeru itu, pelbagai elemen penting akan diperkenalkan bagi memudahkan pengajaran tanpa melemahkan struktur pendidikan sedia ada. Semoga kami akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berdaya saing dan tinggi ilmunya.
Sekian, sekali lagi tahniah kepada semua.
Pengetua.
Wednesday, May 02, 2012
cash REWARD untuk sesiapa yang MENAMBAH NILAI orang lain...


TAHNIAH KEPADA ZAIM & NAZHAN... WOW! DAPAT DUIT SEKOLAH RM20Sunday, February 26, 2012
Ciri-ciri pemimpin yang hebat
1. Ada visi yang jelas
Visi amat penting. Anda perluy tahu kemana arah anda. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkarayang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda.
2. Berilmu
Pelajar yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Pelajar rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih ber=pengetahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.
3. Ada kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkandia mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apayang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan. Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.
4. Ada karisma
Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.
5. Dapat berkomunikasi secara berkean.
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. kata-katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkannya. Dia dapat mepengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutkan.
6. Ada intiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernahputus asa.Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun.
7. Ada keberanian
Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.
Semoga dappat dikongsikan.
Monday, February 06, 2012
Apakah sebabnya kita sering lupa apa yang diajar/dibaca ?
Friday, January 27, 2012
Apakah Matematik & Kenapa Perlu Belajar Matematik?

Thursday, January 19, 2012
RAHSIA OTAK YANG MENAKJUBKAN

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Thursday, January 12, 2012
20 Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
Jangan menyangkal kata-kata guru.
Jangan mengumpat pelajar lain.
Jangan berbisik di hadapan guru.
Jangan berpaling kiri dan kanan.
Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
Rujuk guru dalam memilih ilmu.
Jangan duduk tempat guru.
Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
Muliakan anak-anak guru.
Selalu berhubung dengan guru.
Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.
Wednesday, January 11, 2012
Wednesday, January 04, 2012
Extra 'Duit Poket'
Tambahan Subjek SPM
KHAMIS, 6.00PTG - 7.30PTG.
KEPADA YANG BERMINAT, SILA DAFTAR SEKARANG UNTUK DISKAUN SEPANJANG MINGGU INI.
Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011
Pencapaian PMR 2011 Terbaik Dalam Empat Tahun
Jadual 1: Calon yang Mendaftar PMR 2011
Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Jadual 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon PMR dari 2008 hingga 2011.
Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011
Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) iaitu daripada 30,863 orang (7.02%) pada tahun 2010 kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.
Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin baik. Data dalam Jadual 3 memberi perincian pencapaian calon bandar berbanding calon luar bandar.
Jadual 3: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat diukur dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap penguasaan minimum. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mataberbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.
Pencapaian Calon Berkeperluan Khas
Calon berkeperluan khas juga mendapat peluang yang sama dengan calon-calon yang lain untuk menduduki peperiksaan. Pada keseluruhannya, pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Rujuk Jadual 4).
Jadual 4: Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas
Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Daripada Jadual 4, bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki PMR pada tahun ini berkurang seramai 35 orang. Pencapaian calon cemerlang (semua A) meningkat kepada 12 orang berbanding 5 orang pada tahun 2010, manakala calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada tahun 2010.
Prestasi Mata Pelajaran
Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR 2011 menunjukkan prestasi yang stabil. Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam. Prestasi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran A.
Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Melayu bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3% dari 27.6% pada 2010 kepada 26.3% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2% dari 66.5% pada tahun 2010 kepada 67.7% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata.
Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Inggeris bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Mathematics bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Mathematics bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3% dari 28.9% pada 2010 kepada 30.2% pada 2011. GPMP Mathematics menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.04 mata.
Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Science bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Science bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Science bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% dari 21.7% pada 2010 kepada 25.7% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum meningkat sebanyak 0.6% iaitu 5.7% pada tahun 2010 kepada 6.3% pada tahun 2011. GPMPSciencemenunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.09 mata.
Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Sejarah bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Sejarah bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Sejarah bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9% dari 21.3% pada 2010 kepada 20.4% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum menurun sebanyak 2.6% iaitu 7.3% pada tahun 2010 kepada 4.7% pada tahun 2011. Ini menunjukkan peratusan calon yang menguasai tahap minimum Sejarah telah meningkat. GPMP Sejarah menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Pendidikan Kesenian
Tahun ini merupakan tahun ketiga Kementerian Pelajaran menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam peperiksaan PMR. Sebanyak empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual dipelajari oleh calon di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak. Pencapaian keempat-empat bidang kesenian tersebut telah ditaksir oleh guru masing-masing dan pentaksir luar yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pencapaian calon ditaksir berdasarkan standard prestasi dengan empat band daripada Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).
Jadual 10: Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian
Jadual 10 di atas menunjukkan pencapaian dalam semua bidang kesenian yang ditaksir. Bidang Seni Visual menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan calon memperoleh Band 4, diikuti Tari, Teater dan Muzik. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon tersebut sangat baik dan bakat mereka boleh terus digilap semasa di Tingkatan Empat sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan Lima dalam enam bidang kesenian yang lebih khusus iaitu Seni Halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.
Calon-calon Sekolah Seni Malaysia yang menduduki PMR akan menerima Slip Keputusan dan juga Sijil Pendidikan Kesenian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil ini mempunyai nilai tambah kepada keputusan PMR dan boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan bidang seni.
(Dipetik dari Pengumuman Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 22 Disember 2011).
Wednesday, December 21, 2011
Semak Keputusan PMR Guna SMS 15888
Tuesday, December 06, 2011
Sunday, December 04, 2011
5A UPSR... Contohilah Mereka...

Saturday, December 03, 2011
Jamuan makan sempena SPM "Good Luck"
Saturday, November 26, 2011
Pendaftaran 2012
Monday, August 15, 2011
FUTSAL PTMI
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979







